 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
ThE pHotoLiciOus - live.like.love
 By: ThE pHotoLicious
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 12-Jul-2008 05:41 |
Email | Share | Bookmark |
|
enough talkin`
|
|
Dear Readers,
SILA BACA SAMPAI HABIS then baru buat phone call to me k!
leteylah nak angkat talifon dah explain kat sorg sorg what is what...
macammana gamba kay boleh ade kat derang kalau bukan kay yg bagi ?
jawapan : derang amik gamba kay dari dalam fotopages ini tanpa pengetahuan kay dan buat bunting dan print out gambar dari fp ini dan letak dlm album derang mase pameran.
ape yg issue sgt ?
jawapan : bile org tanye derang mase pameran tu, gamba ni sume gamba sape..sape yg make up ? derang jawab " ini sume gamba yg kite make up!" , fyi- satu pun gamba dlm bunting tu bukan derang makeup... tak kesian ke pengantin ?
dulu kay ade bagi satu album kat derang untuk portfolio mereka, tak lama kemudian kay dah mintak balik album tuh. issue nye sekrang mereka telah menggunakan gambar kay yg dimakeupkan oleh mak andam lain dalam fotopages kay dan claim sebagai mereka punye. patut ka tak patut. ... kalau u jadi i, ape u rase tetibe u nampak banner depan u ade semua gamba u shoot dalam fotopages u tanpa u sendiri mengetahuinye dan claim semua tu derang yg makeup dan gamba derang.
buat ape kecoh kecoh ??
tak kecoh pun, kay copy ni dari client i punye blog ..i did not write it personally. ke nak kene bawak ke tribunal court..haiyo !
kenape tak face to face to them ?
i did persoanlly during the event.
tapi takpe..the good thing iss..free marketing untuk this bridal sebab kay dah receive 3 ke 4 phone called dari client yg amik derang nih and marah kay sebab post entry ni kat sini. haaaa kan dah dapat client..free promotion lagi...
copy post from nisa blog - one of my client
| Quote: |
Manusia tamak aku gelar mereka…
July 6, 2008 · Filed under Daily Ramblings
Dulu-dulu masa buat persiapan nak kawen, mmg la tak tergerak hati nak mengunjungi mana-mana pameran pengantin kat KL ni. memang semua research akan based on internet atau walk-in ke a few mak andams nak tengok design baju. Tapi weekend ni tiba-tiba tergerak hati nak ke Mid Valley. Dari awal minggu lagi dah pesan kat hubby weekend akan ke pameran pengantin. Saja nak jalan-jalan tengok keadaan. Rupa-rupanya Allah nak tunjuk kat aku sesuatu. Yang membanggakan aku tapi dalam masa yang sama buat aku hangin seluruh badan.
Nak dijadikan cerita, aku di Pertama Complex temujanji dengan tailor bila tiba-tiba telefon berbunyi. Yang kuar adalah nama photographerku yang tercinta, Kay. Terkejut jugak la ingatkan ada pape benda important ke kan. Kay terus tanya, “Nisa, ko dulu amek mak andam kat mane?” So puas la aku explain. Belah perempuan kat Semenyih, belah lelaki pula kat Banting. “Aku ni ade kat tempat mak andam ni. Dari Cheras. Ade gamba ko kat sini. Dari fotopages aku plak tu”, claim Kay. Aku dah terkejut. Ekh…rasanya tak penah la plak aku ke Cheras reiki mak andam. Pastu Kay letak tepon. Otak aku pon mula la berpusing mencari logik. So dari Pertama Complex aku dan hubby gerak ke Pavillion sekejap. Saja nak jejakkan kaki ke sana. Nak bandingkan Paragon Bangkok dengan Pavillion Malaysia hehe. OK anyway, otak aku masih terus berpusing-pusing. Tak puas hati dengan Kay yang tak abes cerita, aku terus ajak hubby ke Mid Valley. Dah petang dah masa tu. Terus jumpe Kay yang bukak booth kat sana.
“Tu ha mak andam tu. Depan booth aku je. Tu pasal aku nampak”, kata Kay. “Tapi dia dah cabut dah gamba-gamba ko. Aku dah sound dia dah”, dia tambah. Aku dalam hati tak puas. Aiseh tak dapat la aku tengok gamba aku digunakan di pameran. Tapi aku tengok company mak andam tu tak sama ngan company yang aku amek dulu. So aku takde la kecoh sgt sebab gamba aku pon dah takde kan. Terus pulang ke rumah.
Rupanya tak abes kat situ. Malam Kay tepon. Soh konfemkan yang mak andam aku takde cawangan kat Cheras. Aku rasa aku pasti mak andam aku ade butik hanya di Bangi and Semenyih aje. So aku forwardkan no tepon ke Kay. Pastu Kay kata, namecard mak andam tu ade gamba aku sebesar-besar alam. Aku dah hangin satu badan. Mana aci guna gamba aku tanpa agreement terlebih dahulu. Tapi sebenarnya aku bangga. Of all the people yang got married kat Malaysia ni, they chose me as their company model. Pergh, bole buat duit tu sebenarnya. Cantik gak rupanya aku sampai bole guna utk promote company. Chewah!
So ahad aku pegi lagi ke Mid Valley nak teruskan penyiasatan. Kali ni aku angkut sekali adik aku sebagai teman. Terus menuju ke booth mak andam tu. Dorang seperti dah kenal aku walaupon aku merubah penampilan dengan berkaca mata. Terus aku pura-pura berminat dgn pakej mereka. Tak nampak pon gamba-gamba aku seperti yang Kay claim. So aku pegi tengok album dorang. Ade 2 album.
“Bole tengok album ni?” aku tanya.
“Bole. ni contoh mekap kite la. Kalo berminat bole datang kedai kita buat trial. Baru lebih puas hati. Baju pon kita akan buatkan sbb kita takde baju ready-made”, minah tu bagitau. Oh rupanya baru nak berjinak dalam bidang andaman ni. Collection baju pon tak byk lagi.
“Album yang lagi satu bole tengok?” aku tanya lagi.
“Eh ni tengok pon tak guna. Gamba photographer yang dah edit. Jadi tak nampak sgt mekapnya”, minah tu jawab. Pastu adik aku nak tengok pon dia tak bagi. Memang beria dia nak larikan album tu dari aku. Last-last aku amek je dari tangan dia terus bukak.
“Ah photographer kita ada kat sana. Booth Sanggar Mustika” sambil tunjuk ke arah Kay. Tapi masalahnya booth Kay namanya Rumah Sanggah. Aku terus belek album.
“Eh ada gamba nikah aku dari fotopages Kay”, claim aku dalam hati. “Eh gamba luqman, hasnul and yanie pon ade. sume dari fotopages Kay” aku terus bercakap dalam hati. Pastu aku usha namecard box dia. Dah kosong.
“Adik kalo berminat bole tulis nama and nombor tepon. Nanti kita contact”, kata minah tu sambil hulurkan buku nota sekolah pada aku. Aku terus tulis nama apebendantah ngan no tepon apebendantah. Pastu terus blah. Dalam hati dah sumpah seranah.
Melayu kalo tak menipu tak bole ke? Mak andam aku bersengkang mata mekapkan aku malam siang. Kay and the geng berpanas amek gamba majlis aku. Aku dan hubby berhabis duit nak dapatkan yang terbaik. Tapi dorang senang-senang nak claim itu kerja tangan dorang. Pastu siap display kat pameran plak tu. Orang tak beretika macam ni pon ade ke?? Mak kata bole sue. Mak andam aku sendiri turun dari Semenyih nak saksikan benda ni. Tapi mak andam aku baik. Dia kata biar je la. Ye la, orang kalo tak jujur mesti akan ada balasan kan?
Ni ha bukti yang Kay sempat amek untuk aku. Akan kusimpan sepanjang hidup aku jadi kenangan.
gamba 1st dari namecard mak andam yang menyalahgunakan gamba aku. gamba 2nd aku amek dari fotopages Kay. amacam? anda nampak PERSAMAAN tak kedua-dua gamba tu?
udahla cilok artwork orang dari fotopages. pastu berani plak tu gunakan artwork tu untuk tujuan promosi company tanpa apa-apa credit kepada owner of the artwork. bole saman tak kalo kes camni?
tapi tu la…aku bangga sbb mak andam aku (ni yang sebenarnya) dan Kay fotografer aku berjaya transform aku jadi seorang puteri di hari bahagia aku sehingga orang lain terkejar-kejar nak gunakan gamba tu utk membuat pemalsuan.
anyways album yang minah tu beria tak bagi aku tengok ada gamba Luqman & Hasanah, Hasnul & Wife and Yanie. Aku tau sbb aku kenal dorang ni sebab sama-sama belajar di US dulu. Bole browse fotopages KAY di sini (at http://golden.fotopages.com.)
anyway mak andam palsu ni ELTISYA BRIDAL & BEAUTY SALOONkat Taman Pandan Mewah! Ha amek ko aku dah publish company ko. Lenkali belajar dulu etika perniagaan baru nak bukak business. Selamba badak je!
|
aku tak pandai menulis... let the pengantin express it herself ..... ini macam punye kes pun ada kan...adehhh - oh ye, lupe pulak..gamba pengantin dari fp ni takde satu pun yg bridal ni makeup... most are from andamanandreen , aida semenyih, kak tun senawang, ej astro and am astro.. ini je nama yg aku ingat so far...
thank you
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|